Pemimpin Bersatu, PKR pro Azmin temui Dr M pagi ini

Mereka dijadual bertemu Dr Mahathir Mohamad yang tiba di situ lebih awal menaiki Mercedes Benz biru tua kira-kira jam 9.10 pagi.

Beberapa ahli parlimen tiba di bangunan Yayasan Albukhary di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.

Antaranya Muhyiddin Yassin (Pagoh), Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Ronald Kiandee (Beluran), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Rina Harun (Titiwangsa), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan senator Marzuki Yahya (Setiausaha Agung Bersatu).

Mereka dijadual bertemu Dr Mahathir Mohamad yang tiba di situ lebih awal menaiki Mercedes Benz biru tua kira-kira jam 9.10 pagi.

Selain ahli parlimen Bersatu, beberapa bekas pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu – dan mencetuskan kejatuhan kerajaan PH – juga kelihatan.

Antaranya Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) dan Mohd Rashid Hasnon (Batu Pahat).