Sabah, Sarawak perlu buat pertimbangan rasional bersama Umno dan Pas

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Biro Politik Pemuda Amanah Nasional, penubuhan Kerajaan Umno-Pas tidak menguntungkan kedua-dua negeri itu.

Berdasarkan perkembangan politik terkini apabila gabungan Umno dan Pas memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, kesan terhadap Sabah dan Sarawak harus difikirkan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Biro Politik Pemuda Amanah Nasional, penubuhan Kerajaan Umno-Pas tidak menguntungkan kedua-dua negeri itu.

“Buktinya sewaktu usul yang dibentangkan di Parlimen meminda Perlembagaan meletakkan status Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah, usul tersebut telah ditolak bulat-bulat oleh ahli-ahli parlimen Umno dan Pas.

“Maka matlamat Warisan dan GPS untuk memastikan Perjanjian Malaysia 1963 ditunaikan oleh kerajaan ini juga hanya menjadi angan-angan,” petik kenyataan itu.

Bahkan sayap Parti Amanah itu turut menegaskan bahawa Umno-Pas adalah parti yang bersifat ekstrim malah bakal menimbulkan keresahan kepelbagaian bangsa dan budaya rakyat Sabah serta Sarawak selama ini.

“Justeru, parti-parti Sabah dan Sarawak perlu mempertimbangkan secara rasional dan mempertahankan keharmonian rakyat Sabah dan Sarawak sebelum membuat pendirian untuk bersama menubuhkan kerajaan bersama Umno-Pas,” jelas kenyataan itu.