Tindakan Dr M bawa banyak masalah

Sebagai perdana menteri interim Mahathir tidak boleh berbuat demikian, sebaliknya ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (2) dan 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Bendahari PKR, Lee Chean Cheong, beranggapan Dr Mahathir Mohamad melangkaui batas kuasanya apabila membuat pengumuman mengenai sidang khas Dewan Rakyat semalam, lapor Malaysiakini

Sepatutnya, kata Lee, sebagai perdana menteri interim Mahathir tidak boleh berbuat demikian, sebaliknya ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (2) dan 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Peruntukan itu bertujuan untuk menghalang perdana menteri daripada bertindak sewenang-wenangnya dan kuasa perlembagaan diberikan kepada ketua negara saja di bawah sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Lee langkah diambil Mahathir membawa lebih banyak masalah.

“Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan diadakan pada hari ini perlu memastikan semua keputusan perlu dibuat berasaskan Perlembagaan Malaysia demi memastikan sistem perlembagaan negara kita tidak terjejas,” katanya.