Baru Bian lengkapkan 114 sokongan kepada Dr M

Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Mahathir, lapor Malaysiakini.

Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi mendakwa PH kini mempunyai 114 sokongan ahli parlimen.

Untuk rekod, Baru Bian sebelum ini merupakan antara 10 pemimpin PKR yang  menyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali.

Azmin dan kumpulannya sebelum ini dilaporkan menyokong Muhyiddin.