Kepentingan negara jadi keutamaan – Anwar Ibrahim

Anwar menegaskan PH memilih untuk memberi perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi negara demi kepentingan rakyat.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding agenda peribadi, lapor Astro Awani.

Katanya, pemimpin Pakatan Harapan (PH) memilih meleraikan kemelut politik mutakhir ini dan berundur setapak demi negara.

Anwar menegaskan PH memilih untuk memberi perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi negara demi kepentingan rakyat.

“Saya sekali lagi memilih kepentingan besar berbanding agenda peribadi.

“Saya menyeru agar tidak gusar dan melihat kepentingan negara,” katanya.

Anwar kemudiannya menuju ke Istana Negara bagi menyatakan sokongan PH kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan.

PH hari ini memutuskan untuk memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk menjawat jawatan perdana menteri ke-8.