Politik khianat vs politik rakyat

Bila Tun M menyebut jika Muhyiddin ada majoriti silakan kata Tun M, dia "ok". Ada yang cakap Tun M sudah mula menerima cadangan Muhyiddin sebagai PM yang kelapan. Tapi aku sanggah, aku tekankan itu hanyalah sindiran.

Dari hari pertama Tun M mencadangkan perihal Kerajaan Perpaduan aku membacanya sebagai taubat politik paling agung yang didambakan mahu digerakkan oleh Perdana Menteri paling berusia didunia. Tanyalah beberapa kawan yang sudah berhubung dengan aku.

Pensejajaran yang mahu dibuat oleh Tun M adalah mahu membiarkan semuanya terfokus kepada tugas untuk rakyat melangkaui kepentingan politik kepartian. Justeru beliau mahu semuanya bersama membangun negara dan tanah air tercinta ini.

Menghidu pertembungan dalam parti yang Tun M kembali menjadi pengerusinya memuncak ketika Peguam Negara (AG) membuat keputusan melepaskan semua tahanan LTTE. Tun M sepatah pun tidak bersuara.

Dan yang mula mencadangkan posisi Perdana Menteri Interim juga awalnya daripada AG. Barulah Tun M menghadap ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong dan dilantik ke jawatan tersebut.

Aku sebut pada beberapa sahabat juga bahawa aku membaca Tun M melalui Datuk A Kadir Jasin bukannya dari Muhyiddin dan yang lain-lain.

Bila Tun M menyebut jika Muhyiddin ada majoriti silakan kata Tun M, dia “ok”. Ada yang cakap Tun M sudah mula menerima cadangan Muhyiddin sebagai PM yang kelapan. Tapi aku sanggah, aku tekankan itu hanyalah sindiran.

Tapi pelik apabila penghormatan yang diberikan Tun M tak sedikit pun diucapkan terima kasih. Kembalinya Tun M sebagai pengerusi pun tak ramai yang merayakannya.

Kalau kau tanya aku apa lagi akan berlaku. Signal jelas apabila di Kedah Mukhriz masih bersama PH dan sebaliknya berlaku di selatan tanah air. Rumusnya mudah, yang mana memilih Muafakat Nasional itu adalah fraksi Presiden dan bukan Pengerusi.

Kuncinya ada di Nasional. Semalam pasca mesyuarat Bersatu, Datuk A Kadir Jasin menulis lagi, moga masih ada cerah buat masa depan negara yang kita cinta ini.

Aku disebelah mana?

Kekal dengan mandat rakyat, berdiri bersama YAB Ketua Menteri Melaka dan pimpinan yang tidak khianat.

Muhammad Syafiq Azmi

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.