PH mohon sidang Dewan Rakyat 9 Mac diteruskan

Dalam kenyataan di sini, Pakatan Harapan berkata, sidang tersebut adalah peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan sokongan 112 Ahli Parlimen memohon sidang pertama bagi penggal ketiga akan diteruskan pada 9 Mac seperti yang dijadual.

Dalam kenyataan di sini, Pakatan Harapan berkata, sidang tersebut adalah peluang terbaik untuk menentukan sokongan kepada Perdana Menteri dan seterusnya menamatkan kemelut politik negara.

Ia juga menyatakan Datuk Seri Saifuddin Nasution dilantik sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang baharu.