Sidang Dewan Rakyat: Speaker akan bincang dengan PM

Katanya, beliau akan menulis surat rasmi kepada perdana menteri baru itu esok.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof akan berbincang dengan Muhyiddin Yassin berhubung sesi parlimen akan datang yang sepatutnya dijadualkan pada 9 Mac, lapor Malaysiakini.

Katanya, beliau akan menulis surat rasmi kepada perdana menteri baru itu esok.

“Esok saya akan tulis minta maklumat lanjut bila kita akan bersidang. Saya akan tulis kepada perdana menteri sebelum buat keputusan.

“Tunggulah, saya pun tidak tahu kerana saya tidak memutuskan tarikh sidang Dewan Rakyat,” katanya  dipetik Bernama selepas menghadiri majlis angkat sumpah Muhyiddin sebagai perdana menteri di Istana Negara hari ini.