Dun Melaka bakal bubar, adakan PRN

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, di bawah Perlembagaan Negeri Melaka, merujuk kepada peruntukan di bawah Perkara 7(4) yang memberi kuasa kepada seorang Ketua Menteri untuk membolehkan membubarkan Dun.

Dewan Undangan Negeri Melaka (Dun) dijangka akan dibubarkan susulan krisis kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu dengan terbentuknya gabungan kerajaan baharu di peringkat pusat.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, di bawah Perlembagaan Negeri Melaka, merujuk kepada peruntukan di bawah Perkara 7(4) yang memberi kuasa kepada seorang Ketua Menteri untuk membolehkan membubarkan Dun.

“Di bawah peruntukan itu menyatakan: “Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangana besar Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaaan, melainkan jika atas permintaannya Yang Dipertuan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri”, katanya dalam kenyataan petang ini.

Justeru kata Adly berdasarkan peruntukan tersebut beliau telah mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Dr Mohd Khalil Yaakob untuk membubarkan Dun Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Hari ini media melaporkan kerajaan Negeri Melaka akan tumbang susulan tiga wakil rakyat Bersatu dan satu dari DAP menyertai gabungan Muafakat Nasional.

Satu sidang media diadakan hari ini yang dipengerusikan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Raof Jusuh yang menyatakan gabungan diberi nama Perikatan Nasional itu akan membentuk kerajaan baharu di Melaka dan seorang menteri besar baharu akan dilantik dalam masa terdekat.

BN di Melaka mempunyai 13 kerusi Dun, kini bergabung denan empat lagi Adun Bersatu dan DAP di negeri itu.