PM perlu bijak urus kumpulan rakyat tidak berpuas hati

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Rais Hussin, ini termasuk tidak melantik mana-mana pemimpin yang terlibat dalam kes di Mahkamah ke dalam Kabinet.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak menguruskan kekecewaan dan kemarahan dari kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati, lapor Astro Awani.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Rais Hussin, ini termasuk tidak melantik mana-mana pemimpin yang terlibat dalam kes di Mahkamah ke dalam Kabinet.

“Bagi saya fokusnya patut terarah kepada pertama, bagaimana mengurus kemarahan dari kumpulan yang kecewa.

“Jika tiada sesiapa ingin bercakap mengenainya dan tidak mempedulikannya, perkara ini tidak boleh diterima,”  kata beliau.

Dr Rais berkata demikian ketika dalam sesi temu bual Consider This pada Ahad malam.

Sumber: Astro Awani