Hari Keputeraan Agong dipinda ke 8 Jun

Pindaan tarikh ini adalah daripada Sabtu, 6 Jun sebelum ini.

Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun ini dipinda kepada Isnin, 8 Jun, lapor Astro Awani.

Pindaan tarikh ini adalah daripada Sabtu, 6 Jun sebelum ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, kerajaan juga bersetuju bermula 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Rasmi baginda ialah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” kata Mohd Zuki dalam kenyataan pada Isnin.