Ku Nan berang lepas nilai asetnye didedah di mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan bagi kes rasuah Tengku Adnan supaya dokumen pengisytiharan harta dibuat secara tertutup.

Situasi tegang ketika Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor disoal tentang pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika berada dalam kabinet, lapor Malaysiakini.

Menurut Malay Mail, Tengku Adnan mula berang ketika disoal pihak pendakwaan mengenai perkara itu.

“Bila saya katakan saya tidak mahu mengisytiharkan sendiri, kerana (jika buat) secara terbuka anda tahu mengapa.

“Kerana sekarang saya mempunyai masalah dengan hampir satu bilion aset. Kerana mereka merasakan mereka mahu mensensasikan, itulah sebabnya saya rasa saya telah ditindas,” katanya dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pasukan pembelaan bagi kes rasuah Tengku Adnan supaya dokumen pengisytiharan harta dibuat secara tertutup.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan bahawa orang ramai harus dibenarkan mendengarkan perincian agar perbicaraan itu dilihat sebagai telus dan adil.

Ketika disoal oleh peguam bela Tan Hock Chuan, Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada tahun 2001 apabila Dr Mahathir Mohamad merupakan perdana menteri.

Pada tahun itu, Tengku Adnan dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2001.

Pada tahun 2006, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 2013, Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Perdana Menteri Najib Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan penggal.

Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.

Tengku Adnan sedang menghadapi perbicaraan kerana didakwa menerima rasuah sebanyak RM2 bilion daripada pemaju hartanah.

Strategi pasukan pembelaan melibatkan usaha membuktikan bahawa Tengku Adnan sangat kaya dan tidak memerlukan rasuah.