Kg Paya Siput tarikan baru pelancongan Pahang

untuk Timur Daily
Oleh Amirul Hussain


Titik Tengah Semenanjung yang terletak di Kampong Paya Siput, Temerloh akan menjadi daya tarikan baru untuk pelancongan di Pahang .

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan , Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata lokasi titik tersebut di jangka akan menerima kunjungan orang ramai oleh kerana ianya merupakan satu satu nya tempat yang menanda kan titik tengah di Semenanjung

Mohd Sharkar berkata kawasan ini yang asalnya hanya sebuah tapak tanah orang kampong telah di naik taraf sebagai kawasan pelancongan .

“Temerloh yang telah menerima lebih 250,000 pengunjung setiap tahun akan meningkat lagi dengan ada nya kawasan pelancongan seperti ini.

Kawasan pelancongan yang sedia ada di daerah Temerloh ini seperti pusat konservasi gajah di Kuala Gandah, Deerland di Bukit Rengit , kraftangan kayu di Kampong Bangau Tanjung serta Gunung Senyum telah pun popular dan menerima kunjungan pelancong tempatan dan luar negara.

Di samping itu Mohd Sharkar berkata Temerloh juga di kunjungi ramai kerana keenakan ikan patin sehingga bandar Temerloh terkenal sebagai bandar ikan patin.

” Dengan adanya titik tengah semenanjung ini maka pelancong akan mempunyai tambahan pakej utk di terokai di sini.

” Kawasan Titik Tengah Semenanjung ini telah di buka untuk orang ramai.
“Mereka akan di berikan sijil sekiranya berkunjung ke sini dan hanya membayar rm10 untuk setiap sijil,” Mohd Sharkar berkata demikian dalam ucapannya di majlis pembukaan operasi Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S) di Kampong Pata Siput, Lanchang di sini Jumaat.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Pelancongan Pahang Datuk Ishak Mokhtar, Pengurus Besat Pejabat Kementrian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Idros Yahya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh Puan Jezilly Jamaluddin.

Mohd Sharkar juga berkata Titik Tengah Semenanjung itu akan juga berfungsi sebagai kawasan rujukab untuk koordinasi pemetaan .

Beliau berkata dalam usaha menggalakkan kunjungan pelancong terutama domestik, kerajaan negeri akan menempatkan satu kawasan khusus utk kedai-kedai makan yg menyedia kan masakan berasaskan ikan patin di Temerloh.

‘Ia nya seperti satu perkampungan untuk masakan ikan patin dan para peminat tak perlu lagi mencari cari kedai makan atau restoran yang merata kecuali hanya datang di perkampungan atau pusat penyediaan masakan ikan patin.

Kata nya pihak pejabat daerah sudah pun di maklumkan akan projek tersebut dan sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk di majukan dan menempatkan peniaga ikan patin.

Ends