Maut tertimbus ketika tanam paip najis

Menurutnya, pihak bomba telah berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.45 petang manakala mayat kedua dikeluarkan pada pukul 5 petang.

Dua pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan penanaman paip najis di sebuah tapak projek perumahan di Mentakab dekat sini, semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Md. Shoriful, 43, dan Julhas Rahman, 27, berada di dalam lubang sedalam enam meter bagi menanam paip najis.

“Semasa kejadian terdapat dua buah jentera pengorek di atas melakukan kerja kerja mengorek tanah dan semasa kerja kerja dijalankan tanah telah runtuh ke atas dua mangsa berkenaan.

Lokasi dua mangsa tertimbus.

“Semasa kejadian kedua dua mangsa tidak dapat diselamatkan akibat runtuhan tanah yang banyak,” katanya.

Menurutnya, pihak bomba telah berjaya mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.45 petang manakala mayat kedua dikeluarkan pada pukul 5 petang.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kejadian tiada kaitan dengan kes jenayah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.