Pemandu mabuk beri alasan minum arak untuk hilangkan penat

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun.

Dua lelaki ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk menerusi ‘Ops Mabuk’ yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sekitar bandar ini, kelmarin, lapor BH Online.

JSPT Perak menerusi Facebook berkata, kedua-dua lelaki berkenaan mengaku mengambil minuman keras selepas pulang dari tempat kerja atas alasan mahu menghilangkan penat selepas seharian bekerja.

Kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki berusia 42 dan 45 tahun.

“Kita berikan kepada mereka jaminan polis sehingga laporan kimia dan perubatan diperoleh melalui ujian darah,” katanya.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 45A (1) APJ 1987. Sabit kesalahan dikenakan denda maksimum RM6,000 atau penjara 12 bulan,” katanya.