Pensyarah UKM mohon maaf kepada Lim Guan Eng

Artikel bertajuk “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel” itu mengandungi fitnah terhadap Lim Guan Eng dan DAP telah disiarkan di halaman Facebook miliknya dan beliau telah menarik kembali artikel terbabit serta menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku.

Seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini tampil dengan satu kenyataan memohon maaf kepada Lim Guan Eng berhubung satu artikel beliau yang memfitnah Lim Guan Eng, lapor MHDaily.

Artikel bertajuk “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel” itu mengandungi fitnah terhadap Lim Guan Eng dan DAP telah disiarkan di halaman Facebook miliknya dan beliau telah menarik kembali artikel terbabit serta menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku.

Berikut kenyataan penuh beliau :
PERNYATAAN MAAF

Saya, Abdul Muein Bin Abadi, seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan ini mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Y.B. Tuan Lim Guan Eng , dalam kapasiti peribadi beliau dan juga kapasiti rasmi beliau sebagai :

1. Menteri Kewangan Malaysia ;
2. Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen Bagan ; dan
3. Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Air Puteh dan juga kepada parti Democratic Action Party [“DAP”] atas pernyataan-pernyataan fitnah yang telah saya buat melalui artikel/rencana yang telah saya karangkan dan terbitkan melalui laman Facebook saya dan media social di bawah tajuk: “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel”.

Pernyataan maaf saya kepada Y.B. Tuan Lim Guan Eng dan parti DAP adalah tanpa sebarang syarat dan dengan penuh kekesalan.

Saya juga amat kesal dan kecewa atas sebarang kelukaan kepada perasaan Y.B. Tuan Lim Guan Eng dan ahli-ahli parti DAP yang diakibatkan oleh pernyataan-pernyataan tersebut.

Maka dengan itu, saya juga dengan penuh kerelaan dan tanpa sebarang syarat menarik balik keseluruhan rencana/artikel tersebut yang mana kandungannya saya akui adalah tidak berasas dan tidak benar langsung.

Dan akhirnya, saya umumkan bahawa saya telahpun membayar sejumlah RM3,500-00 sahaja sebagai kos guaman Y.B. Tuan Lim Guan Eng.

Sekian.
Bertarikh pada 7 haribulan Mac 2020
Abdul Muein Abadi

Sumber : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215891658153866&id=1518563074