Zahid cadang kepada PM tidak lantiknya anggotai kabinet

Perkara itu dimaklumkan beliau di hadapan keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri supaya beliau tidak dilantik sebagai anggota Kabinet, lapor Astro Awani.

Perkara itu dimaklumkan beliau di hadapan keseluruhan anggota dan kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.

“Saya yakin, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mempunyai pertimbangan-pertimbangan yang sewajarnya untuk melantik mereka yang berkelayakan, berwibawa dan berkemampuan untuk membantunya dalam barisan Kabinet,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk Tahun 2020.