Demi maruah Umno, netizen mahu Zahid undur dan angkat Tok Mat

Kebanyakan mereka tidak setuju dan menyifatkan pimpinan Umno yang memberikan cadangan itu sebagai 'penjilat'.

Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad yang menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi jawatan dalam kabinet Perikatan Harapan demi maruah Umno mengundang komen netizen.

Kebanyakan mereka tidak setuju dan menyifatkan pimpinan Umno yang memberikan cadangan itu sebagai ‘penjilat’.

Seorang netizen, Zairol Azlan, berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak dan memikirkan situasi bagi menghadapi PRU15.

Ada juga netizen yang mencadangkan nama pimpinan Umno lain yang dilihat lebih sesuai.

Antaranya, komen Zul Zakariya yang mencadangkan nama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan manakala demi maruah Umno, Zahid perlu letak jawatan.

Terdahulu, Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad dilaporkan berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid perlu berada dalam barisan Kabinet demi maruah parti itu.

Walaupun berterima kasih kerana Ahmad Zahid telah menyuarakan hasrat tidak menjadi menteri, serta menganggapnya sebagai berjiwa besar, namun Ketua Wanita UMNO itu berpendapat, maruah parti juga perlu diberi perhatian.

Tambahnya, selain itu, dengan pengalaman dalam pentadbiran terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, diyakini dapat membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengurusan pentadbiran negara.