Dakwa Agong rasis: Khalid saman Najib, Rezuan RM10 juta

Dalam sidang medianya hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, beliau telah mengarahkan peguam untuk berbuat demikian segera.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad akan menyaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Rezuan Yusof kerana mendakwa beliau menuduh Yang Dipertuan Agong rasis, lapor Malaysia Dateline.

Dalam sidang medianya hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, beliau telah mengarahkan peguam untuk berbuat demikian segera.

Menurut Khalid, apa yang beliau nyatakan dalam ceramah beliau sebelum ini adalah tindakan pihak-pihak tertentu yang memainkan isu perkauman sehingga dibimbangi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak cukup majoriti.

Hasilnya, kata Khalid, Agong telah memberikan peluang kali kedua untuk membuktikan jumlah ahli Parlimen yang menyokong mencukupi.

Dalam pusingan kedua ini, Perikatan Nasional (PN) telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal PM, manakala PH menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khalid mendakwa, peluang kedua telah disalahgunakan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin apabila memasukkan enam anggota parlimen penyokong Tun Dr Mahathir menyokong beliau.

“Orang yang patut minta maaf kepada Agong adalah Redzuan dan Muhyidin kerana membohongi baginda dengan mendakwa orang yang bukan penyokongnya menyokong beliau.

“Saya telah mengarahkan Rezuan dan Najib disaman RM10 juta kerana damage besar yang telah dibuat,” kata Khalid.