Dakwaan Islam terancam adalah propaganda, fitnah agamawan partisan

Malah tema ini merupakan propaganda yang digunakan bagi menjatuhkan kerajaan perjuangan rakyat iaitu, Pakatan Harapan (PH).

Tema Islam terancam adalah satu propaganda, fitnah dan pembohongan agamawan yang akan diingati sejarah negara ini, lapor Malaysia Dateline.

Malah tema ini merupakan propaganda yang digunakan bagi menjatuhkan kerajaan perjuangan rakyat iaitu, Pakatan Harapan (PH).

Demikian dizahirkan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria.

Tegasnya, tema dan propaganda yang didokong watak utamanya adalah agamawan partisan yang disokong pula oleh nasionalis kleptokrat.

“Nasionalis kleptokrat sudah kehilangan suara dan taringnya apabila tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kepada gelombang perjuangan rakyat menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa, penggubahan wang haram yang bukan sedikit, sebaliknya berbilion ringgit kecicirannya.

“Manakala kerajaan perjuangan rakyat, PH memburu pemimpin-pemimpin utama nasionalis kleptokrat dan dibawa ke muka pengadilan sehinggakan mereka kehilangan suara dan taring.

“Golongan ini benar-benar desperado untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka terdesak dan menggunakan agamawan partisan, ” jelas beliau.

Menurut Dr Zaidi lagi, agamawan partisan inilah yang merekacipta tema dan propaganda ‘Islam terancam’ serta mendapatkan bantuan nasionalis kleptokrat ternyata berjaya merealisasinya melalui pintu belakang.

Tambah beliau, propaganda ‘Islam terancam’ merupakan satu perbuatan yang tidak selaras dengan syariat, fitnah dan pembohongan yang amat dahsyat.

“Kerajaan pintu belakang yang menggulingkan kerajaan yang sah, kerajaan perjuangan rakyat juga adalah perbuatan yang terlalu buruk moral politiknya.

“Ia tertegak kerana propaganda, fitnah dan pembohongan ‘Islam terancam’ dan akan diuji sejauh mana mereka mampu membela Islam.

“Namun begitu langkah sulungnya sudah pun terserlah kepincangannya apabila menerima nasionalis kleptokrat sebagai jemaah menteri, laksana membela musang dalam reban maupun mengambil serigala mengembala kambing, ” ujarnya.