Peguam Negara baru arah teruskan pendakwaan ke atas Najib, Rosmah

Sri Ram yang diberikan kelulusan khas untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam 4 kes, berkata arahan peguam negara ialah meneruskan perbicaraan yang sedang dan akan berlangsung.

Peguam Gopal Sri Ram berkata, beliau diarahkan Peguam Negara baru, Idrus Harun untuk meneruskan semua pendakwaan ke atas beberapa individu, termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak, lapor portal FMT.

Sri Ram yang diberikan kelulusan khas untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam 4 kes, berkata arahan peguam negara ialah meneruskan perbicaraan yang sedang dan akan berlangsung.

“Ini ialah arahan diberikan kepada saya,” katanya kepada FMT sebelum perbicaraan rasuah isteri Najib, Rosmah Mansor, disambung semula hari ini di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Beliau enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.