PM umum barisan kabinet baru 5 petang ini

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Muhyiddin dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi ini.

Penantian untuk melihat susunan kabinet Muhyiddin Yassin dijangka berakhir beberapa jam saja lagi, lapor Malaysiakini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Muhyiddin dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 11 pagi ini.

Istiadat itu, kata PMO, adalah untuk mempersembahkan senarai baru jemaah menteri yang dipilih Muhyiddin.

“Setelah mendapat perkenan Agong, perdana menteri dijangka akan mengumumkan senarai jemaah menteri pada jam 5 petang hari ini di pejabat beliau di Putrajaya,” kata PMO.