Tindakan Hasnul sebuah pengkhianatan – Pemuda Amanah Nasional

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan beliau didalam Jawatankusa Pemuda AMANAH Nasional.

Pemuda AMANAH Nasional berasa amat kecewa dengan tindakan ketuanya Hasnul Zulkarnain yang jelas disifatkan ia sebuah pengkhianatan, lapor Malaysia Dateline.

“Pihak kami juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang membelakangkan mandat rakyat sekaligus mengkhianati perjuangan dan amanah rakyat,” kata Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional Muhamad Fadzil Ahamad.

Sehubungan itu, Pemuda AMANAH Nasional akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan beliau didalam Jawatankusa Pemuda AMANAH Nasional.

“Kami mengambil maklum sdra YB Hasnul Zulkarnain telah mengumumkan beliau menjadi ADUN Bebas di negeri Perak.” kata beliau.

Di dalam satu sidang media hari ini, Hasnul yang juga Adun Titi Serong bersama Adun Tronoh iaitu Paul Yong Choo Kiong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam (DAP) mengumumkan menjadi Adun bebas dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Perak apabila Perikatan Nasional (PN) kini mempunyai 32 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, berkata PN akan memohon perkenan untuk mengadap Sultan Perak bagi memaklumkan perkara itu.