MP Bintulu tolak lantikan kabinet

Menurut Setiausaha Agung PDP, Nelson Balang Rining, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PDP selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, lapor Sinar Harian.

Menurut Setiausaha Agung PDP, Nelson Balang Rining, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PDP selepas pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jawatan ini tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Presiden parti.

“Kedudukan beliau sangat kanan dalam parti dan telah berkhidmat untuk tempoh yang lama sebagai ahli Parlimen,” kata Nelson menurut Utusan Borneo.

King Sing telah menjadi Ahli Parlimen Bintulu selama lima penggal.

Beliau tidak hadir di majlis angkat sumpah jawatan di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

PDP merupakan antara parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Gabungan itu menguasai 18 kerusi Parlimen.