Pemimpin khianat dipersilakan keluar – Anwar

Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan tindakan belot terhadap mandat pada PRU-14 tidak harus dibiar berulang.

Selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran Langkah Sheraton, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pimpinan yang khianat untuk keluar dari parti, lapor Malaysia Dateline.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan tindakan belot terhadap mandat pada PRU-14 tidak harus dibiar berulang.

“Jangan kita biarkan episod pengkhianatan demokrasi ini berlaku lagi. Jika ada lagi pimpinan seperti ini, dipersilakan keluar,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook hari ini berserta beberapa foto Majlis Pertahankan Mandat Rakyat di ibu negara semalam.

“Saya jelaskan pada pimpinan PH mengenai apa yang berlaku sepanjang konflik tempoh hari di rapat umum bersama pimpinan semalam.

“Apa jua yang berlaku, pasukan ini akan terus kekal bersama dan bina kekuatan. Usah kita panik, namun harus pulihkan semangat.

“Kita mesti kukuh dan bergerak sebagai satu angkatan dan terangkan kepada rakyat berkenaan sanggahan pasukan pengkhianat. Jangan mengalah dan korbankan prinsip,” serunya.

Anwar Ibrahim bertegas PH akan terus kekal bersama dan bina kekuatan.

Turut hadir dalam rapat umum itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin kanan parti-parti di bawah PH.

Turut hadir dalam rapat umum itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin kanan PH.