Azmin pengerusikan kabinet jika PM tiada

Sekiranya Azmin tiada, barulah Kabinet akan dipengerusikan oleh seorang lagi Menteri Kanan (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, diikuti dua lagi Menteri Kanan iaitu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof, dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Empat menteri kanan yang dilantik tidak mengikut hierarki tertentu tetapi mempunyai ruang kuasa yang sama, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, sekiranya beliau tidak ada, Kabinet akan dipengerusikan yang pertamanya oleh Menteri Kanan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sekiranya Azmin tiada, barulah Kabinet akan dipengerusikan oleh seorang lagi Menteri Kanan (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, diikuti dua lagi Menteri Kanan iaitu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof, dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

“Ketika saya tiada Azmin akan pengerusikan mesyuarat Kabinet. Jika Azmin tiada, Ismail Sabri akan pengerusikan,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin,  yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengesahkan, 11 Ahli Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat termasuk Azmin, sah diterima sebagai ahli dan ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presiden Bersatu berkata, keputusan itu dipersetujui Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang bermesyuarat baru-baru ini.