Banduan wanita tak serik

Wanita itu ditahan bersama seorang lelaki dan seorang wanita lain berusia antara 26 hingga 32 tahun dalam keadaan mencurigakan setelah mengeledah kereta itu polis menjumpai dadah jenis syabu dan heroin di parkir sebuah resort di sini.

mde

Seorang wanita yang baru dibebaskan dari penjara kerana dikenakan Perintah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1983 selama dua tahun ditangkap semula kerana dipercayai terbabit dengan kes dadah.

Wanita itu ditahan bersama seorang lelaki dan seorang wanita lain berusia antara 26 hingga 32 tahun dalam keadaan mencurigakan setelah mengeledah kereta itu polis menjumpai dadah jenis syabu dan heroin di parkir sebuah resort di sini.

Setelahpemeriksaan dilakukan pihak polis menyumpai 4 paket plastik lutsinar syabu seberat 4.71 gram dan 4 paket plastik lutsinar heroin seberat 44.75 gram bernilai RM2,500.

Tmbalan Ketua Polis Daerah, DSP Azman Mat Kamis, berkata hasil ujian urin kesemua yang ditangkap positif dadah jenis methamphetamine dan sekrang ditahan reman selama tujuh hari sementara menunggu siasatan lanjut dan dirujuk kepada pendakwa raya..

“Dua wanita yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952, 12(2)ADB 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952, manakala lelaki yang terlibat dalam tangkapan tersebut tiada mempunytai rekod jenayah lampau”.

“ Hasil siasatan mereka terlibat pengedaran dadah di sekitar Jerantut dan di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-END