Dr Zulkifli mulakan tugas dengan solat dhuha

Beliau tiba pada jam 8.45 pagi diiringi timbalannya, Ahmad Marzuki Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memulakan tugasnya dengan solat dhuha di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, lapor Sinar Harian.

Beliau tiba pada jam 8.45 pagi diiringi timbalannya, Ahmad Marzuki Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya.

Selesai solat dhuha, Zulkifli turut mengimamkan solat sunat bagi memohon menghindari penularan wabak koronavirus (Covid-19).