Perikatan Nasional takut dengan bayang sendiri

Mereka yang berfikir ini adalah mereka yang bijak walau mereka merupakan orang UMNO. Ini kerana mereka menjadi kerajaan bukan kerana pilihanraya yang sudah pasti akan datang dengan pakej iaitu tawaran dan pemimpin.

Jika kita perhatikan, mengapa ada pimpinan UMNO yang sedikit tidak selesa dengan lapangan politik negara yang semakin rata ini. Mereka(pimpinan UMNO) mula menyatakan pelbagai rasa hingga terbuka mahu Parlimen dibubarkan untuk pilihanraya diadakan.

Mereka yang berfikir ini adalah mereka yang bijak walau mereka merupakan orang UMNO. Ini kerana mereka menjadi kerajaan bukan kerana pilihanraya yang sudah pasti akan datang dengan pakej iaitu tawaran dan pemimpin.

Cuma hari ini pemimpin saja yang datang tetapi tawaran masih lagi terus menunaikan janji dan tawaran dari Pakatan Harapan.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik mereka sedar ekonomi dunia hari ini tidak berada dalam keadaan yang baik. Ditambah lagi dengan Covid 19 dan kejatuhan harga minyak dunia.

Mereka ini melihat ianya bakal menjadi racun yang dilihat seperti madu bagi mereka yang punya kes mahkamah yang semakin mendekatkan diri mereka dengan penjara.

Lihat saja pengumuman yang dibuat Menteri Alam Sekitar yang baru, jumlah 150 kontena sisa pepejal saja telah disebut Menteri yang menerajui kementerian itu sebelum ini. Dibawah saya kongsikan pautan berita, diatas Menteri dari PAS(PN), dan dibawah Menteri DAP(PH):

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/664463/150-kontena-sisa-plastik-dihantar-semula-ke-negara-pengeksport

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/648291/malaysia-hantar-pulang-150-kontena-sisa-pepejal-plastik-ke-negara

Begitu juga perkara yang dilalui di Melaka. Tak tahu apa gelaran yang mahu kita gelarkan pada mereka kerana di Melaka Perikatan Nasional itu tidak wujud apabila tidak wujud kerjasama rasmi.

Malah keputusan UMNO menubuhkan kerajaan tanpa Adun Bersatu juga dilihat canggung dengan nada penyatuan diperingkat nasional.

Terdapat laporan media dimana Ketua Menteri Melaka(KM12) yang baru menyatakan perincian Empangan Jerneh oleh KM12 tersebut. Seolah-olah itu adalah manifesto atau tawaran mereka.

Lihat pautan dibawah, walau tarikh berbeza namun isinya sama. Siapa yang jalankan dulu rakyat berhak untuk membaca dan mempertimbangkannya.

KM Sulaiman Md Ali – https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/553715/amp

KM Adly Zahari –https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/543850/amp

Begitulah kebimbangan yang dihadapi oleh mereka yang bernaung dibawah payung Perikatan Nasional. Ianya juga menggambarkan itulah kesan buruknya apabila khianat mengambil tempat.

Muhammad Syafiq Azmi

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.