Faizal Azumu dilantik semula sebagai MB Perak

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor memaklumkan hal berkenaan pada suatu kenyataan hari ini.

Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melantik semula Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar negeri yang ketiga belas, lapor Malaysiakini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor memaklumkan hal berkenaan pada suatu kenyataan hari ini.

“DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berpandukan Perkara 16, Fasal 2 (a), Undang-undang Tubuh Kerajaan perak, pada timbangan baginda, YB Datuk Seri Faizal Azumu, Adun Chenderiang mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeru untuk dilantik sebagai menteri besar Perak ketiga belas,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar akan diadakan di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar Perak pada jam 3.30 petang hari ini.