Harga minyak turun, harga barang kena turun sekali

Setelah harga minyak turun, maka sudah sepatutnya harga barangan juga turut diturunkan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain.

dav

Kerajaan perlu pastikan harga barangan juga turut turun setelah harga minyak diturunkan, kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader ketika ditemui, lapor Malaysia Dateline.

Menurut beliau, setelah harga minyak turun, maka sudah sepatutnya harga barangan juga turut diturunkan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain.

“Agak menghairankan apabila harga minyak naik, tambang pengangkutan juga turut naik.

“Begitu juga dengan kos barangan yang lain akan turut naik.

“Namun begitu agak pelik dan menghairankan kenapa pula harga barangan yang lain bukan saja statik, sebaliknya tidak turun atau berubah, ” tegas beliau.

Oleh kerana itu ujarnya, kerajaan sedia ada harus mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan adanya perubahan dan penurunan dari segi kos harga barangan.

Malah tegasnya, adalah tidak wajar seandainya harga minyak menurun, sebaliknya kos harga barangan tidak turun.

Tambah beliau lagi, rakyat sentiasa mengharapkan setiap kerajaan mampu untuk membela nasib rakyat, khususnya golongan marhaen dan berpendapatan rendah.