Kenyataan tiga Ketua Cabang Negeri Sembilan berniat jahat

Mereka selaku tiga ketua cabang jelas dilihat telah bersekongkol dengan kartel pengkhianat sebelum ini. Malah kelibat mereka muncul di Hotel Sheraton pada malam pengkhianatan 'Langkah Sheraton' disusun, sebenarnya berada dalam keadaan terdesak di atas kemungkinan DIPECAT oleh kepimpinan pusat.

Berikutan terdedahnya kenyataan tiga ketua cabang KeADILan Negeri Sembilan yang cuba merendahkan kepimpinan dan kredibiliti Menteri Besar Negeri Sembilan, mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri.

Mereka selaku tiga ketua cabang jelas dilihat telah bersekongkol dengan kartel pengkhianat sebelum ini. Malah kelibat mereka muncul di Hotel Sheraton pada malam pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’ disusun, sebenarnya berada dalam keadaan terdesak di atas kemungkinan DIPECAT oleh kepimpinan pusat.

Apabila tiga Ketua Cabang ini telah dikenalpasti bersama dengan kartel pengkhianat, maka seharusnya tiada lagi ‘locus standi’ bagi mereka untuk menyatakan pendirian terhadap YAB Menteri Besar. Sudah pastinya kenyataan mereka hanya berlandaskan kepentingan kumpulan mereka semata-mata.

Dalam kenyataan tersebut, mereka memburuk-burukkan kerajaan negeri kononnya prestasi ekonomi yang teruk merundum dan kononnya kerajaan tidak ‘perform’. Tetapi yang peliknya, mengapa baru hari ini mereka menyatakan sedemikian? Mengapa mereka tidak pernah berbunyi sejak 22 bulan yang lalu?

Mereka sebenarnya cemburu dengan keutuhan Kerajaan Negeri yang tidak goyah. Mereka sudah tentu mahukan Kerajaan Negeri Sembilan ini jatuh ke tangan kumpulan mereka seperti yang berlaku di beberapa negeri.

Mereka berasa tertekan kerana kedudukan Kerajaan Negeri Sembilan bersama 20 Adun Pakatan Harapan kekal utuh tidak berganjak walaupun pelbagai serangan saraf telah dilakukan sejak beberapa minggu lalu.

Edy Noor Reduan

Justeru itu, strategi ‘bumi hangus’ yang mereka lakukan ini, dengan menyerang kepimpinan dan keperibadian YAB Aminuddin Harun adalah tidak langsung memberi kesan dan tidak akan disokong oleh akar umbi yang masih setia bersama parti. Mereka jelas berniat jahat.

Kita berdoa kepada Allah agar segala cubaan pengkhianat untuk merampas kerajaan Nismilan terus gagal. Kerajaan Negeri Sembilan adalah sebuah kerajaan yang terbentuk dari mandat demokrasi rakyat melalui pilihanraya.

InshaAllah dengan keyakinan dan penuh takzim, Kerajaan Negeri Sembilan akan terus kukuh, stabil, dan akan fokus memberikan khidmat kepada rakyat Negeri Sembilan sehabis baik supaya rakyat dapat menilai dalam pilihanraya umum akan datang.

Akhir kalam, ingin saya petik serangkap kata dalam Lagu Kebesaran Negeri untuk menjadi sedikit pedoman bersama;- Akan Berkati Sekalian yang Setia, MUSUHNYA HABIS BINASA.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.