Covid-19: Redakan panik rakyat

Menteri Kesihatan janganlah tunggu esok tatkala rakyat diluar mula membaca pelbagai sebaran yang belum tentu kesahihannya. Mantan Menteri Kesihatan sudah boleh dipanggil untuk bersama membantu atas kepentingan rakyat.

Di Indonesia, total mereka yang tersangkut Covid-19 adalah seramai 117 orang. Jumlah penduduk Indonesia hampir 300 juta orang. Bagaimana mereka boleh membendung hingga ke tahap itu?

Jawapannya mereka (pemerintah) mengajak supaya rakyat tidak panik. Menteri mereka bercakap tentang keselamatan berkaitan Covid-19.

Dari Bapa Presiden sehingga Menteri Pengangkutan mereka hanya bercakap bagaimana portfolio masing-masing dalam konteks mahu mencegah dari gejala Covid-19 ini.

Bukannya Menteri yang sibuk mahu mengklasifikasikan kerajaan ini melayu Islam atau sebaliknya.

Jusuf Kalla juga menyebut tak perlu bercakap soal ekonomi seketika kerana yang lebih utama adalah rakyat supaya tidak panik. Presiden Jokowi pula menyarankan agar pembelajaran dan ibadah juga diadakan dirumah.

Menteri Kesihatan janganlah tunggu esok tatkala rakyat diluar mula membaca pelbagai sebaran yang belum tentu kesahihannya. Mantan Menteri Kesihatan sudah boleh dipanggil untuk bersama membantu atas kepentingan rakyat.

Mungkin kalau boleh untuk dicadangkan kepada Kerajaan Malaysia supaya diperbanyakkan lagi iklan atau video berkaitan Covid-19: Cara Jangkitan dan Langkah Pencegahannya.

Panik rakyat harus diredakan supaya penularan Covid-19 tak menyebar lebih pantas. Bayangkan bila tidak dikawal rasa gusar rakyat, mereka berpusu-pusu keluar membeli barangan seperti beras dan sebagainya yang mana boleh menyebabkan virus ini bertebaran.

Penggunaan kendaraan awam seperti LRT, Bas dan sebagainya juga perlu diperketatkan dari segi masa dan pemeriksaan penumpang yang menggunakannya.

Kini Malaysia perlu bersatu untuk melawan virus yang sudah meliar diserata dunia. Jika pendekatan darurat itu wajar diambil, janganlah kerajaan dan rakyat berfikir ianya sudah kritikal, tetapi tempoh berkurung itu wajar untuk orang ramai mengurangkan pertemuan fizikal.

Selaku warganegara, saya mulakan dengan #koronamusuhmalaysia.

Muhammad Syafiq Azmi
Setiausaha Akhbar Mantan Ketua Menteri Melaka ke-11

Pandangan penulis tidak semestinya memcerminkan pendirian Timur Daily