Covid-19: Malaysia catat 125 kes baru hari ini, 12 pesakit di ICU

Sementara itu, 12 pesakit berada di unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan Malaysia mencatat 125 kes baru Covid-19 hari ini, lapor agensi berita nasional, lapor Malaysiakini.

Bernama memetik Adham berkata jumlah ini menjadikan jumlah keseluruhan positif sebanyak 553 kes.

Sementara itu, 12 pesakit berada di unit jagaan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau juga dilaporkan berkata 95 daripada 125 kes baru berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.