Dr Dzulkefly cadang cuti persekolahan disambung

Dr Dzulkefly yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Covic-19 Selangor juga mencadangkan agar orang ramai kekal berada di rumah kecuali terpaksa keluar untuk perkara perlu sahaja.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr dzulkefly Ahmad mencadangkan agar cuti persekolahan yang bermula minggu ini disambung sehingga wabak Covid-19 dapat dikawal, lapor Malaysia Dateline.

Dalam satu kenyataan melalui twitter beliau mencadangkan agar universiti di negara ini melaksanakan pengajaran secara online .

Dr Dzulkefly yang baru dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Covic-19 Selangor juga mencadangkan agar orang ramai kekal berada di rumah kecuali terpaksa keluar untuk perkara perlu sahaja.

“Batalkan semua perhimpunan melebihi 50 orang,” cadang beliau menerusi twitter itu.

Pihak majikan pula disarankan agar menggalakkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 428 kes dimana 386 di bawah pengawasan perubatan manakala 42 kes telah sembuh.