Menteri: Semua aktiviti di masjid ditangguhkan

Jelasnya, perkara itu dinyatakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 15 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad mengumumkan bahawa semua aktiviti di masjid termasuk solat Jumaat bakal ditangguhkan bermula 17 hingga 26 Mac ini, lapor Malaysiakini.

Jelasnya, perkara itu dinyatakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas pada 15 Mac lalu.

“Semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan bermula 17 hingga 26 Mac 2020.

“Jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

“Tempoh 10 hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu hadir selepas jumlah kes Covid-19 meningkat mendadak semalam.