Covid-19: Malaysia catat kematian pertama

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lelaki itu, yang merupakan seorang paderi di sebuah gereja di Kuching, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada pukul 11 pagi tadi.

Malaysia mencatatkan kematian pertama berkaitan wabak Covid-19 hari ini, melibatkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak, lapor Malaysiakini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lelaki itu, yang merupakan seorang paderi di sebuah gereja di Kuching, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada pukul 11 pagi tadi.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak masih dalam proses mengenal pasti sumber jangkitan terhadapnya.

“Sementara itu, 193 kontak rapat mendiang telah dikenal pasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah,” kata JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini.