Agih 10 juta topeng muka percuma

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengagihan itu akan dibuat sebaik sahaja bekalan daripada China tiba.

Kerajaan akan mengagihkan 10 juta keping topeng muka secara percuma kepada rakyat yang memerlukan, lapor Sinar Harian.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengagihan itu akan dibuat sebaik sahaja bekalan daripada China tiba.

“Semalam saya sudah arahkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) menggunakan peruntukan sedia ada untuk bawa masuk topeng muka pada harga RM1.18 sen sekeping,” katanya.