Kerajaan perlu selangkah kehadapan bantu rakyat

Namun begitu, rakyat mahu kerajaan membantu selangkah kehadapan dengan menggunakan dana rezab negara, sebagai contoh.

Pandangan saya ini adalah respon terhadap kenyataan Menteri Ekonomi yang membenarkan pengeluaran duit caruman KWSP.

Secara peribadi, saya berpandangan bahawa pengeluaran duit caruman KWSP sendiri tu masih ada baiknya dan ada keperluan buat masa sekarang.

Namun begitu, rakyat mahu kerajaan membantu selangkah kehadapan dengan menggunakan dana rezab negara, sebagai contoh.

Terdapat dua cadangan dalam usaha memastikan pengaliran kewangan negara terus lestari.

1 – Bantuan Khas Bencana

Inilah masanya untuk kerajaan melaksanakan bantuan sara hidup khas ‘bencana’ . Target penerima adalah sama seperti penerima BSH/BRIM.

Jumlah dana yang diperuntukkan sebaiknya mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup sepanjang 6 hingga 8 minggu ini.

Bantuan ini juga harus disasarkan khususnya kepada peniaga kecil yang hidupnya teruk terjejas akibat tidak dapat keluar mencari rezeki.

2 – Awalkan pemberian one off BSH / BRIM

Kerajaan juga mungkin boleh mempercepatkan penerimaan bantuan BSH/BRIM. Penjadualan penerimaan pada bulan Jun 2020 ini harus diawalkan.

Cara ini dilihat paling baik kerana rakyat tidak perlu berpusu-pusu ke LHDN untuk mengisi borang kembali.

Artikel dikarang Khairul Bahri Abdul Samad yang merupakan AJK PKR Cabang Rompin.

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.