KKM buka akaun khas Covid-19 untuk orang ramai salur sumbangan

KKM berkata sumbangan akan digunakan bagi tujuan membeli alat kelengkapan perubatan, ubat-ubatan, reagen (pereaksi kimia), bahan pakai buang, serta keperluan perubatan lain di fasiliti KKM.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka satu akaun khas Covid-19 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada kementerian berkenaan, lapor Malaysiakini.

Menerusi posting di laman Facebook kementerian itu hari ini, KKM berkata sumbangan akan digunakan bagi tujuan membeli alat kelengkapan perubatan, ubat-ubatan, reagen (pereaksi kimia), bahan pakai buang, serta keperluan perubatan lain di fasiliti KKM.

“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun perubatan KKM bernombor 2-66016-0002347-5 (RHB Bank). Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-88833111 atau dengan menghantar e-mel ke alamat sumbangancovid19@moh.gov.my,” menurut catatan itu.

KKM mengakhiri posting itu dengan: “Terima kasih daripada kami kepada anda yang memberi sumbangan”.

-Bernama