Peruntukan Ahli Parlimen Langkawi turut ditarik

Perkara tersebut disahkan oleh pembantu bekas perdana menteri itu.

Setelah digemparkan dengan penarikan peruntukan kepada Parlimen Muar yang diwakili oleh Syed Saddiq, kini kerajaan Perikatan Nasional terus bertindak menarik peruntukan yang sama terhadap Parlimen Langkawi yang diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, lapor MHDaily.

Perkara tersebut disahkan oleh pembantu bekas perdana menteri tersebut seperti dilapor portal The Malaysian Insight.

Apakah budaya politik balas dendam yang diamalkan ini akan berterusan? Ketika wabak Covid sedang melanda negara, sepatutnya semua pihak tak kira ahli parlimen kerajaan atau pembangkang mendapat peruntukan bagi membantu rakyat di parlimen masing-masing agar mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Budaya politik balas dendam ketika negara diancam wabak merbahaya ini amat memualkan dan merimaskan banyak pihak.