Ujian Covid-19 percuma tanpa kira kewarganegaraan

Beliau diminta menjelaskan perkara itu, selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari ini memberitahu sidang akhbar bahawa bayaran akan dikenakan kepada warga asing yang tampil untuk mendapatkan ujian Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa semua ujian untuk pengesanan Covid-19 adalah percuma, termasuk untuk warga asing, lapor Malaysiakini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah, bayaran hanya dikenakan kepada ujian yang tidak berkaitan dengan Covid.

“Jika warga asing datang ke klinik atau hospital KKM untuk pemeriksaan penyakit bukan Covid-19, mereka akan dikenakan bayaran mengikut yuran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Bagaimanapun, untuk Covid-19, tidak ada bayaran yang dikenakan seperti dinyatakan pekeliling kementerian pada 29 Jan.

“Tidak kira sama ada warga asing kaya atau miskin, mereka tidak akan dikenakan bayaran,” katanya semasa sidang akhbar mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.