Timbalan Menteri KPKT hantar KFC

28 Mac 2020, 4.00 petang – Buat baik dibalas baik. Sebelum ini para petugas Istana Negara dengan perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong telah memberi set KFC kepada para petugas media dan orang awam yang setia menunggu perkhabaran dari Istana Negara semasa peralihan tampuk pemerintahan Kerajaan pada awal Mac yang lalu. Dan hari ini budi baik itu terbalas apabila para petugas Istana Negara yang terlibat dengan kuarantin wabak COVID 19 ini serta para petugas barisan hadapan telah menerima set KFC.

Hidangan KFC ini telah diserahkan oleh YB Dato’ Sri Dr Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang secara kebetulan melawat beberapa bilik gerakan pusat kuarantin sekitar ibu negara. Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada KFC Malaysia yang telah membantu usaha murni ini dan juga kepada semua petugas barisan hadapan yang terlibat dalam membasmi wabak COVID 19 ini. Sama-sama kita doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t.