500 balang biskut raya diedar

KUANTAN – Lebih 500 balang biskut raya diedarkan kepada petugas barisan hadapan di DUN Beserah hari ini.

Mereka ialah petugas di Klinik Kesihatan Beserah; Klinik Kesihatan Beserah; Balai Polis Beserah; Klinik Kesihatan Balok; Balai Bomba Gebeng; Balai Polis Gebeng; Klinik Kesihatan Sungai Ular; Balai Polis Cherating; Klinik Kesihatan Cherating dab Klinik Kesihatan Chendor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, pihaknya menerusi Pusat Khidmat ADUN Beserah melaksanakan rutin tersebut saban tahun bagi menghargai jasa dan perkhidmatan mereka.

“Alhamdulillah di peringkat Pusat Khidmat DUN Beserah kita edar kuih raya kepada frontliners yang telah banyak berkhidmat di dalam kita berdepan COVID-19 ini.

“Antara yang kita santuni ialah kitangan Kemenerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Ini sebagai menzahirkan tanda terima kasih kita atas usaha mereka dalam memastikan keselamatan dan kesihatan kita terjamin,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata 14 masjid sekitar Dun Beserah, selesai disanitasi.

Katanya sebagai persediaan sekiranya berlaku perubahan SOP yang membenarkan masjid atau surau digunapakai semula, pihaknya akan memastikan proses sanitasi dijalankan terlebih dahulu

“Saya telah medapatkan pengesahan pihak JBPM Dun Beserah di mana untuk fasa pertama sanitasi telah dilaksanakan minggu lepas dan akan diadakan untuk fasa seterusnya. Keutamaan sekarang adalah proses sanitasi tempat tempat awam kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telahpun dilaksana,” katanya.

Tamat