Syarat niaga di Pahang dilonggarkan

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang hari ini memperkenalkan beberapa kelonggaran pada syarat-syarat berkaitan premis perniagaan dan sektor pembinaan di Pahang, berkuatkuasa serta-merta. 

Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semua premis perniagaan dibenarkan beroperasi termasuk gerai makan tepi jalan (berbumbung), pusat penjaja, penjaja tepi jalan (sementara) dan penjaja beredar di seluruh Pahang kecuali di kawasan lokaliti mempunyai  kes positif baharu.

Kawasan tersebut ialah Pekan Dong sehingga dimaklumkan dimaklumkan kelak; Pasaraya TF Raub (sehingga 24 Mei 2020); Pasar Mini Bentong Segar (sehingga 20 Mei 2020); Flat Benus Bentong (sehingga 24 Mei 2020); Kilang Rubber Flex, Bentong (sehingga 24 Mei 2020); Pasar Mentakab (sehingga 24 Mei 2020).
 
“Maklumat berhubung kawasan atau lokaliti yang mempunyai kes positif baharu akan dikemaskini melalui laman sesawang pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.
 
“Ujian saringan COVID-19 tidak perlu dilaksanakan sebelum premis dibuka kecuali bagi pekerja warga asing terutamanya dalam sektor pembinaan sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu terdapat perniagaan yang dilarang di bawah Warta Kerajaan Persekutuan (P.U. (A) 136) dan perkara itu boleh dirujuk melalui laman sesawang SUK Pahang.

Wan Rosdy berkata, saringan suhu badan pekerja hendaklah dibuat setiap hari dan direkodkan di mana anya pekerja atau peniaga yang mempunyai suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah selsius dibenarkan berada dalam premis.

Waktu operasi premis perniagaan dibenarkan bermula 7 pagi hingga 7 malam (kecuali bagi sektor yang diperincikan secara khusus).

Manakala agi sektor pembinaan katanya, tidak perlu membuat permohonan kebenaran melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi, pengisytiharan atau akujanji perlu dilaksanakan melalui sistem CIMS CIDB.

Tamat