Andansura terus menyantuni Frontliners

KUANTAN – Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu meneruskan aktiviti menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini.

Beliau menerusi Pusat Khidmat DUN Beserah menjalankan program Singgah Sahur yang merupakan program tahunan Ramadan Pusat DUN tersebut.

Program siri ke 12 tahun ini sempat menyantuni petugas barisan hadapan di Akademi MARITIM Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, di mana 50 bungkua makanan bersahur dihadiahkan kepada setiap unit.

“Kita lakukan program ini secara berterusan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih terhadap mereka yang bertugas saban waktu. Demi masyarakat dan negara.

“Hadiah ini sedikit sebanyak diharapkan mampu membuahkan senyuman dan rasa penghargaan dari kita semua terhadap mereka.

“Tidak ketinggalan pasukan beruniform lain juga turut menerima pek makanan sahur termasuklah mereka yang bertugas di sekatan jalan raya,” katanya.