Warga emas gembira dikunjungi calon UMNO-BN

KUANTAN – Bekas Ketua WAnita UMNO dari Felda Chini 5 di sini, terharu dan gembira dengan kunjungan calon UMNO Barisan Nasional  Mohd Sharim Md Zain ke rumahnya dalam rangka lawatan Pilihanraya Kecil (PRK) N.23 DUN Chini, calon itu, hari ini.

Jabariah Embong, 72, berkata, beliau tidak menyangka cakon harapannya sudi bertandang menyantuni beliau dan suami, Muhammad Jaafar, 74, bagi menjalin ukhwah.

“Makcik pernah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO di tanah rancangan ini pada tahun 1985. Waktu itu baru masuk Felda terus dilantik jadi Ketua Wanita UMNO. Makcik sangat aktif bergerak dalam UMNO terutama pada musim pilihanraya.

“Masih ingat ketika itu kemudahan yang ada cuma motosikal. Kami beranai-ramai bekerja sebagai jentera kempen parti turun padang menaiki motosikal. Merata-rata pergi rumah orang.

“Alhamdulillah makcik puji calon BN hari ini. Sudi lawat makcik. Makcik kenal dia sebab dia mesra dengan pengurus-pengurus Felda,” imbaunya.

Sementara itu, suaminya Muhammad, 74, berkata, beliau menyertai tanah rancangan Felda Chini 5 pada usia 38 tahun selepas meletakkan jawatan sebagai kakitangan kerajaan.

Pasangan tersebut memlunyai 13 anak dengan tujuh daripadanga adalah lelaki.

Mohd Sharim ketika ditemui media berkata, itu adalah rumah warga emas pertama yang dikunjunginya dalam rangka lawatan dan kempennya pada hari kedua selepas Hari Penamaan Calon 20 Jun lalu.

Beliau turut meluangkan masa mengunjungi dan mengatuni warga Chini 5 di warung-warung dan kedai makan dalam usaha mendekati hati para pengundi.

“Antara permasalahan yang diajukan ialah bersabit lampu jalan. Apa yang saya difahamkan lampu jalan ini sudah ada tinggal lagi pembayar perlu ada komitmen secara bulanan dan ia dikutip menerusi tanah rancangan Felda. Perkara ini kita akan bawa ke depan,” katanya.

Tamat