Malaysia akan migrasi simpanan data seiring kemajuan

KUANTAN – Malaysia akan melaksanakan migrasi penyimpanan data, seiring kemajuan teknologi komunikasi dan multimedia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagaimana pun perkara itu belum diputuskan kerana ia melibatkan dasar negara ini yang perlu digubal.

“Kerajaan kena ada dasar yang khusus bagaimana kita akan melakukan migrasi menggunakan dasar itu. Apa dasarpun kena ambil kira dua perkara  iaitu pertama mesti ada pemain tempatan dan kedua ialah kedaulatan data. Ini bermakna pusat data itu mesti berada di dalam Malaysia,” katanya.

“Pada masa kini teknologi penyimpan atau storage yang terkini ialah Cloud. Semakin maju kita dalam bidang IT semakin kita mencari teknologi mengenai penyimpanan data. Kaedah paling maju ialah Cloud. Tetapi lain negara lain dasar. Dah banyak syarikat Malaysia yang gunakan Cloud.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis pembukaan Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) Pahang Chapter di Hotel Zenith di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden PUCM Datuk Keith Li Zhongping; Presiden PUCM Pahang Chapter, Yan Biao dan  Penasihat PUCM Pahang Chapter Datuk Seri Chong Chin Fung.

“Kita tengah bincang bagaimana implimen polisi atau dasar cloud dengan penglibatan pemain tempatan. Namun kerajaan belum ada keputusan.l,” katanya.

Tamat