Saifuddin santuni anak muda

Oleh: Wan Fariduddin Wan Ibrahim

KUANTAN –  Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menyantuni anak muda selama lebih dua jam di Horizon Cafe.

Pada program itu beliau turut mengelolakan sesi soal jawab bersama anak muda khususnya mengenai masa depan dan tumpuan generasi muda ke arah masa depan lebih cemerlang.

Dalam satu sesi soal jawab Saifuddin menegaskan beliau sebagai ahli bersatu kekal teguh bersama Perikatan Nasional dan sangat optimis memikirkan peluang ekonomi anak muda.

Menerusi program inisiatif masa depan, IMfuture katanya, telah dilancarkan untuk menggembling usaha ke arah industri yang lebih cemerlang, khususnya membabitkan anak muda yang secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan.

“Sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota saya ingin melancarkan #IMfutures iaitu eco-sistem industri masa depan di Indera Mahkota. Saya mengundang anak muda Indera Mahkota yang mempunyai idea khusus dalam bidang robotics, artificial intelligence dan advanced life science untuk menyertai IMfutures,” katanya yang kini memegabg jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.