Taman Rimba Kenong perlu penambahbaikan

 

Oleh:Hussain Ibrahim

KUANTAN – Lokasi tarikan pelancongan Taman Rimba Kenong Lipis, perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dalam lawatannya ke daerah itu, baru baru ini mendapati Lipis mempunyai daya tarikan tersendiri namun masih ada beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki.

“Terutama di Taman Rimba Kenong yang mempunyai gua-gua yang menarik, hutan, flora dan fauna semulajadi, sungai dan tinggalan warisan ratusan juta tahun usianya.

Mohd Sharkar (empat dari kanan) bersama rombongan melawat ke gua gua yang terdapad di Taman Rimba Kenong

“Mungkin disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) tempohari maka tempat-tempat yang di kunjungi pelancong seperti di Taman Kenong Rimba ini tidak dapat menerima
kunjungan pelancong dan menyebabkan ia seperti terbiar, tak terurus dan hanya di kunjungi oleh haiwan liar seperti gajah.

“Memang terdapat kesan-kesan “lawatan” gajah di kawasan itu seperti adanya tapak kaki gajah dan cermin bangunan pejabat hutan yang pecah selain kesan pada bangunan chalet dalam kawasan tersebut. Oleh kerana ia tidak dikunjungi, maka laluan “off-road” nya juga dihalang oleh batang atau dahan pokok yang tumbang,” katanya.

Mohd Sharkar berkata, operator yang baharu untuk pengurusan taman itu perlu memikirkan sesuatu untuk menyelenggarakan fasiliti di kawasan tersebut.

Salah satu tarikan di sini ialah jambagan gantung sepanjang kira-kira 30 meter merentasi sungai

Beliau yakin apabila berakhirnya tempoh PKPP nanti, lokasi tersebut akan kembali menjadi tarikan pelancongan seperti sediakala.

Tamat

Mohd Sharkar berharap operator baharu yang dilantik dapat melaksanakan penambahbaikan di Taman Rimba Kenong sekaligus menarik kehadiran pelancong selepas PKPP tamat nanti